Pembahagian Ikhlas Secara Ringkas
Apa itu ikhlas ?
Amat sukar untuk dijelaskan apa yang dimaksudkan dengan ikhlas. Seperti perumpamaan,
'SEEKOR SEMUT HITAM, DI ATAS BATU YANG HITAM, DI MALAM YANG GELAP GELITA'
Hanya ALLAH TAALA SAHAJA YANG MENGETAHUINYA...
"Ikhlas menurut Ahli TAUHID ialah MENGESAKAN ZAT, SIFAT, ASMA & AF'AL (PERBUATAN) ALLAH".
' Itulah pengertian yang dimaksudkan di dalam SURAH AL-IKHLAS'
Tingkatan ikhlas :
Ikhlas Muktadi
Melakukan sesuatu/suruhan ALLAH kerana mengharapkan balasan Syurga dan takut kepada Allah Taala.Inilah tingkatan keikhlasan paling bawah atau permulaan bagi seorang muslim.
Ikhlas Mutawassik
Melakukan sesuatu/suruhan kerana KASIH kepada ALLAH tanpa mengharapkan balasan syurga dan tidak kerana takut kepada azab neraka. Tahap keikhlasan pada peringkat ini secara asasnya adalah tergolong di dalam GOLONGAN ORG2 MUKMIN dan keimanan kepada Allah Taala semakin mantap !
Pada peringkat ini, jika diizikan ALLAH, maka akan terbukalah HIJAB-HIJAB yang tertutup yang amat tidak masuk akal sekali. Sesuai dengan kehendak ALLAH TAALA.
Ikhlas Muntaha
Tingkatan keikhlasan yang paling tinggi di antara ketiga2 ketagori tersebut. Semua ibadah tidak lagi dipandang sebagai ibadah, jauh sekali mengharapkan balasan daripada ALLAH TAALA dan bukan kerana dosa dan pahala. Menjalani suruhan ALLAH hanyalah semata-mata kerana kasih dan kemantapan tauhid yang tinggi kepada ALLAH.Segala amal perbuatan adalah penyerahan diri iaitu rohani dan jasmani ke hadrat ALLAH TAALA semata.Penyerahan diri, ,MENGESAKAN ZAT, SIFAT, ASMA' dan AFAL' ALLAH itulah yang dituju. Untuk sampai ke tahap ini perlu kepada bimbingan guru yang benar2 mursyid kerana inilah jalan para HABIBBULLAH, kekasih ALLAH. Kenikmatan menjalani sruhan ALLAH benar-benar membuak2 yang tidak dapat digambarkan dan hanya org yang merasainya shj yang tahu.
* Di sini hanya diterangkan 3 pembahagian 'ikhlas' shj dan yang lainnya perlu kepada bimbingan guru yang benar-benar mursyid untuk pemahaman dengan lebih lanjut. Semoga dengan coretan ini akan membuka jalan untuk mempertingkatkan keimanan kita ke hadrat ALLAH TAALA. .
No comments:
Post a Comment