Friday, November 7, 2014

ANCAMAN FAHAMAN WAHABI & SYIAH YANG MENYESATKAN !


 AHLI SUNNAH WALJAMAAH

PEGANGAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH secara dasarnya 'beriktikad' bahawa ALLAH UJUD TIDAK BERJISIM , TIDAK BERJIRIM DAN TIDAK BERTEMPAT.

BERPEGANG TEGUHLAH DGN IKTIKAD AHLI SUNNAH WALJAMAAH INI PASTI SELAMAT SELAMANYA .


 WAHABI DAN SYIAH.



" AMAT BERTENTANGAN SAMA SEKALI DENGAN AJARAN YANG DIBAWA RASULLAH S.A.W KERANA FAHAMAN WAHABI DAN SYIAH YG MENYAMAKAN ZAT ALLAH TAALA MENYAMAI SIFAT MAKHLUK SEPERTI : BERADA DI LANGIT, DUDUK DI SINGGAHSANA, BERKAKI BERTANGAN....DLL..."

FAHAMAN WAHABI & SYIAH INI JAUH MENYIMPANG,  
SESAT  LAGI MENYESATKAN !!!
INILAH KONSPIRASI JAHAT YAHUDI UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM DARI DALAM.... .
















Thursday, March 6, 2014

IKHLAS KAH KITA ?

Pembahagian Ikhlas Secara Ringkas

Apa itu ikhlas ?
Amat sukar untuk dijelaskan apa yang dimaksudkan dengan ikhlas. Seperti perumpamaan,

'SEEKOR SEMUT HITAM, DI ATAS BATU YANG HITAM, DI MALAM YANG GELAP GELITA'

Hanya ALLAH TAALA SAHAJA YANG MENGETAHUINYA...

"Ikhlas menurut Ahli TAUHID ialah MENGESAKAN ZAT, SIFAT, ASMA & AF'AL (PERBUATAN) ALLAH".

' Itulah pengertian yang dimaksudkan di dalam SURAH AL-IKHLAS'

Tingkatan ikhlas :

Ikhlas Muktadi

Melakukan sesuatu/suruhan ALLAH kerana mengharapkan balasan Syurga dan takut kepada Allah Taala.Inilah tingkatan keikhlasan paling bawah atau permulaan bagi seorang muslim.

Ikhlas Mutawassik

Melakukan sesuatu/suruhan kerana KASIH kepada ALLAH tanpa mengharapkan balasan syurga dan tidak kerana takut kepada azab neraka. Tahap keikhlasan pada peringkat ini secara asasnya adalah tergolong di dalam GOLONGAN ORG2 MUKMIN dan keimanan kepada Allah Taala semakin mantap !
Pada peringkat ini, jika diizikan ALLAH, maka akan terbukalah HIJAB-HIJAB yang tertutup yang amat tidak masuk akal sekali. Sesuai dengan kehendak ALLAH TAALA.

Ikhlas Muntaha

Tingkatan keikhlasan yang paling tinggi di antara ketiga2 ketagori tersebut. Semua ibadah tidak lagi dipandang sebagai ibadah, jauh sekali mengharapkan balasan daripada ALLAH TAALA dan bukan kerana dosa dan pahala. Menjalani suruhan ALLAH hanyalah semata-mata kerana kasih dan kemantapan tauhid yang tinggi kepada ALLAH.Segala amal perbuatan adalah penyerahan diri iaitu rohani dan jasmani ke hadrat ALLAH TAALA semata.Penyerahan diri, ,MENGESAKAN ZAT, SIFAT, ASMA' dan AFAL' ALLAH itulah yang dituju. Untuk sampai ke tahap ini perlu kepada bimbingan guru yang benar2 mursyid kerana inilah jalan para HABIBBULLAH, kekasih ALLAH. Kenikmatan menjalani sruhan ALLAH benar-benar membuak2 yang tidak dapat digambarkan dan hanya org yang merasainya shj yang tahu.


* Di sini hanya diterangkan 3 pembahagian 'ikhlas' shj dan yang lainnya perlu kepada bimbingan guru yang benar-benar mursyid untuk pemahaman dengan lebih lanjut. Semoga dengan coretan ini akan membuka jalan untuk mempertingkatkan keimanan kita  ke hadrat ALLAH TAALA. .








Sunday, August 14, 2011

AMALAN BERTEMU NABI MUHAMMAD SAW



Kali ini saya ingin berkongsi satu amalan yang tidak kurang penting bila mana jika diizinkan ALLAH Taala dapat kita berjumpa dengan Rasullulah S.A.W dalam mimpi....

" ...Tiada sesuatu pun yang dapat menyerupai Nabi Muhammad s.a.w termasuk malaikat dan jin... "

Jadi, sekiranya kita bermimpi berjumpa dan menatap wajah Nabi Muhammad perkara itu adalah benar sama sekali.

Beruntunglah kepada sesiapa yang bermimpi bersua dengan kekasih ALLAH Taala....hal ini amat dinanti-nantikan oleh orang2 mukmin dan seangkatannya. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya bila dapat bersua dengan baginda...

"...Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari..."

Perbanyakkan juga doa kehadrat ALLAH Taala moga2 dipertemukan dengan KekasihNya Muhammad s.a.w....


Perkara yang terpenting ialah ISTIQOMAH dalam amalan....ISTIQOMAH....ISTIQOMAH...berterusan hingga ke akhir hayat....tidak kira banyak manapun amalan..

Antara kelebihan2 berselawat :

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.

30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani



"Perkara mimpi bertemu dengan Rasulullah banyak tersirat rahsia yang tidak dapat dirungkai, hanya ALLAH Taala yang mengetahuiNya"...

Sebab itu kita hanya boleh merujuk kepada orang2 yang alim sahaja untuk meminta penjelasan. Hal ini mengelak diri kita daripada takkabur & riak yang merosakkan diri sendiri...

Jikalau berkesempatan, kita akan berkongsi tentang pengalaman penulis setelah mempraktikkan amalan tersebut jika diizinkanNya pada masa akan datang...

Sekian.

Friday, August 13, 2010

Di penghujung zaman......



Yakjuk dan makjuk

Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:

Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:

Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.

Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-

Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.

Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”

Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).

Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.

Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,

Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)

coretan penulis :

Adakah dunia sekarang sudah di penghujungnya ? Adakah tanda-tanda kiamat telah terjadi seperti yang telah disebut oleh Rasullulah lebih seribu tahun yang lalu ?
Jikalau diperhatikan banyak tanda-tanda kecil kiamat yang telah terjadi.
Tanda-tanda kemunculan imam Mahdi pun sedikit sebanyak telah terjadi tanpa kita sedari.
ALLAH akan membangkitkan seorang pemimpin Islam yang akan membela agama ALLAH setiap seratus tahun.
Seratus tahun yang terdahulu telah dibangkitkan, tapi untuk seratus tahun sekarang belum muncul lagi.
Siapakah yang akan dibangkitkan ALLAH itu ? Adakah Imam Mahdi yang akan dibangkitkan ?
"Hanya ALLAH sahaja yang mengetahuiNYa"....
Seperti sabda Rasulullah, Imam Mahdi akan muncul dari keturunan Rasulullah sendiri. Namanya Muhammad Bin Abdullah.
Kalau ditakdirkan umur kita dipanjangkan,mungkin kita dapat mengenalinya atau mungkin generasi dibawah kita.
Apapun persiapkanlah diri kita dengan Iman dan Amal soleh sebelum kita dijemput oleh ALLAH s.w.t.......
Moga2 beroleh bahagia di dunia dan di akhirat.

Amin.....

Saturday, August 7, 2010

KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR


Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang termasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah s.w.t.. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air. Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?" Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah s.w.t.." Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?" Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat." Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah." Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?" Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni." Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir." Wali Allah berkata, "Sekiranya Allah s.w.t. kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?" Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah s.w.t. agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya. Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang. Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

Tuesday, August 3, 2010

Kisah mayat ahli ibadah hitam legam bertukar menjadi bercahaya


Kelebihan Berselawat

Sufyan As Sauri menceritakan :

Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah saw. Saya mendekatinya lalu bertanya: "Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesautu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu. Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan." Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji.

Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada disisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati." "Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku" aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesautu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.

Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia dating tadi.

Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa"? aku meminta penerangan lagi.

"Muhhamad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran" jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun.

"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.

Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.

Monday, July 26, 2010

Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi


Terlalu banyak kelebihan berselawat ke atas Nabi untuk diterangkan di sini. Namun saya hanya ingin berkongsi dengan saudara saudari sekalian
tentangnya
semoga penerangan yang ringkas ini dapat kita praktikan di dalam kehidupan seharian dan semoga dapat menyuburkan lagi kasih kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Kita beruntung kerana dapat menjadi umat Rasulullah s.a.w kerana hanya baginda
sahaja yang dapat memberikan syafaat di akhirat kelak. Oleh kerana inilah saya ingin mengajak diri saya dan kengkawan sekalian supaya memperbanyakkan selawat ke atas baginda semoga kita dapat berjumpa dengannya suatu masa nanti, insyaallah....... .

Kelebihan berselawat :-

1) Barangsiapa yang berselawat dengan satu selawat ke atasku nescaya ALLAH akan membalas sepuluh selawat ke atasnya.

2) Barangsiapa yang berselawat padaku sepuluh kali selawat pada waktu pagi dan petang akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat. " Riwayat Tabrani ".

3) Barangsiapa yang berselawat di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa yang berselawat jauh dariku maka selawat itu akan disampaikan oleh malaikat kepadaku dan ia dicukupkan ke atas urusan dunia dan akhirat dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.